◉ HEADLINES

Belia 21–30 tahun paling ramai jadi mangsa jenayah telekomunikasi: Polis

Polis berkata 28,698 kes dilaporkan dari Jan hingga Nov dengan kerugian mencecah RM715 juta

2:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Belia berusia 21 hingga 30 tahun didapati sebagai kumpulan paling ramai terjerat jenayah telekomunikasi tahun ini, dengan 8,789 mangsa direkodkan antara Januari hingga November.

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, sepanjang tempoh itu sebanyak 28,698 kes dilaporkan di seluruh negara, melibatkan kerugian mencecah RM715 juta.

Golongan berusia 31 hingga 40 tahun mencatat mangsa kedua tertinggi iaitu 6,825 orang, diikuti kumpulan 41 hingga 50 tahun dengan 4,977 mangsa.

Sebanyak 3,382 individu berusia 51 hingga 60 tahun turut menjadi mangsa, manakala 2,763 kes melibatkan warga emas berusia lebih 60 tahun.

Bagi kumpulan remaja 15 hingga 20 tahun, sebanyak 1,962 mangsa direkodkan.

“Situasi ini membuktikan jenayah telekomunikasi memberi kesan kepada semua lapisan umur. Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan,” kata JSJK dalam kenyataan di Facebook hari ini.

JSJK menegaskan, mangsa boleh membuat laporan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997, melakukan semakan melalui portal Semak Mule, selain melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut. – 21 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related