◉ HEADLINES

Muafakat Nasional belum serius, yang penting Kerajaan Perpaduan tetap utuh: Anwar

Apa yang penting sekarang ialah kerajaan perpaduan kekal utuh dan semua pihak telah berikrar untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi serta menjaga kebajikan rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang, kata PM

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gesaan untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) masih belum serius namun apa yang penting ialah Kerajaan Perpaduan tetap utuh, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, setakat ini tiada khabar diterima mengenai kemungkinan Muafakat Nasional (MN) dihidupkan kembali.

“Itu belum serius lagi. Saya belum menerima sebarang maklumat. Terpulang kepada setiap parti.

“Apa yang penting sekarang ialah kerajaan perpaduan kekal utuh dan semua pihak telah berikrar untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi serta menjaga kebajikan rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang,’’ katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jumhuriah, di Petaling Jaya, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan untuk menghidupkan semula MN.

Muafakat Nasional, yang ditubuhkan pada 2019, merupakan pakatan politik Melayu-Islam antara Umno dan Pas.

Bagaimanapun kini timbul gesaan untuk menghidupkan semula MN oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh susulan krisis politik yang berlaku di Perlis.

Saranan Akmal itu disambut oleh Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari yang menyifatkan cadangan berkenaan merupakan kunci kepada kekuatan dan kebangkitan semula perpaduan ummah. – 2 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related