◉ HEADLINES

Tiga Adun saman Speaker DUN Perlis, cabar pengisytiharan kekosongan kerusi

Mereka memohon deklarasi mahkamah bahawa pengumuman yang dibuat Rus’sele adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif, serta relief atau perintah lain

5:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS memfailkan saman pemula ke atas terhadap Speaker Dewan Negeri Perlis, Rus’sele Eizan kerana mengisytiharkan kekosongan luar jangka bagi kerusi yang diwakili mereka.

Mereka ialah bekas Adun PAS yang dihentikan keahlian serta-merta pada 24 Disember lalu, iaitu Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim, Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Saad Seman (Chuping) di Mahkamah Tinggi Kangar, hari ini.

Ketiga-tiganya menamakan Rus’sele selaku defendan pertama dan DUN Perlis selaku defendan kedua.

Mereka memohon deklarasi mahkamah bahawa pengumuman yang dibuat Rus’sele adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif, serta relief atau perintah lain.

Dalam kenyataan media bersama hari ini, semua ketiga-tiga Adun itu berkata, pada 25 Disember lalu, Speaker telah mengumumkan berlaku tiga kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Guar Sanji, Bintong dan Chuping.

Sebagai Adun, katanya, mereka menghormati pandangan Speaker tetapi berpendapat keputusan mengisytiharkan kekosongan kerusi itu adalah ‘terkhilaf dan berada di luar aturan’.

“Oleh itu, kami telah menfailkan saman pemula ke atas Tuan Speaker DUN Perlis sebagai defendan pertama dan DUN Perlis sebagai defendan kedua bagi menuntut mahkamah membatalkan pengisytiharan itu.

“Selain itu, tindakan kami ini adalah demi kebajikan dan kepentingan rakyat yang tidak akan mempunyai wakil rakyat untuk tempoh dua tahun bagi membela nasib mereka sebelum berlaku pilihan raya negeri (PRN) semula,” katanya hari ini.

Kesemua mereka diwakili peguam Mohd. Jamil Yaacob.

Pada 24 Disember lalu, PAS memaklumkan bahawa parti itu telah memecat keahlian Adun Chuping, Saad Seman; Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) dari parti itu, serta merta.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan menghentikan keahlian ketiga-tiga mereka dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat parti dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam.
Berikutan itu, Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan, mengisytiharkan ketiga-tiga kerusi tersebut kosong dan akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Chuping, Bintong dan Guar Sanji dalam masa terdekat.

Bagaimanapun pada Rabu, Rus’sele mengesahkan telah menarik balik pemakluman berhubung keperluan bagi melaksanakan PRK di DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji.

Menurut beliau, keputusan berkenaan dibuat melalui Proviso kepada Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis dan telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perlis. – 2 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

PDRM FC clear wage arrears, eye strong finish to Super League campaign

After months of financial uncertainty, PDRM FC have settled six months of unpaid salaries, lifting morale within the squad as they look to regroup and end their Super League season on a positive note

◉ Related