◉ HEADLINES

DAP tentukan masa depan sendiri, tidak tunduk provokasi luar: Loke

Setiausaha Agung DAP berkata parti tidak akan bertindak terburu-buru, keputusan perlu matang dan bertanggungjawab

4:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP tidak akan tunduk kepada tekanan, provokasi atau cabaran pihak luar, selepas Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr. Akmal Saleh mencabar pemimpin parti itu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Melaka.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook menegaskan hala tuju dan keputusan parti — sama ada di peringkat negeri atau persekutuan — dibuat berasaskan prinsip, kepentingan parti serta mandat pengundi, bukan desakan luar.

“DAP tidak takut dicabar, malah pantang dicabar. Namun kita tidak akan bertindak terburu-buru akibat provokasi. Setiap keputusan mesti dibuat secara matang dan bertanggungjawab,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Melaka ke-25, hari ini.

Beliau menekankan sebarang isu berkaitan kedudukan parti akan dibincangkan secara dalaman bersama kepimpinan dan perwakilan negeri sebelum dibawa ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk pertimbangan lanjut.

Semalam, Akmal dalam Konvensyen Khas Pemuda Umno di WTC Kuala Lumpur mencabar DAP meletak semua jawatan dalam kerajaan Melaka, kerana parti itu sebahagian daripada komponen kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional (BN).

Tegas Loke, DAP berhak menentukan hala tuju dan masa depan perjuangan tanpa campur tangan pihak luar.

Beliau turut mengingatkan ahli dan penyokong supaya terus memperkukuhkan parti menjelang ulang tahun ke-60 penubuhannya tahun ini.

“DAP ditubuhkan pada 1966. Ulang tahun ke-60 adalah detik bersejarah yang mesti diraikan sebagai tanda komitmen untuk memperkukuhkan parti,” katanya. – 4 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related