◉ HEADLINES

‘Apa sangat ada di Melaka, komitmen Akmal lawan pihak melampau DAP patut diterjemah Umno pusat’ : Tuan Ibrahim

Tindakan Akmal letak jawatan Exco kerajaan negeri tidak akan memberikan kesan besar sekiranya ia tidak didokongi tindakan lain dari Umno

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka kerana mahu menentang DAP habis-habisan sepatutnya diterjemahkan di peringkat pusat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Akmal meletak jawatan itu tidak akan memberikan kesan besar sekiranya ia tidak didokongi tindakan lain dari Umno dan perlu diterjemahkan sebagai komitmen bersama.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Akmal di atas komitmennya memperjuangkan ummah, Tuan Ibrahim berkata, jika Umno mahu dilihat sebagai parti yang memperjuangkan agama dan bangsa, ia tidak boleh membenarkan tindakan dibuat di pihak negeri.

“Sepatutnya benda itu diterjemahkan di pihak pusat. Apa sangat ada di Melaka? Kalau Akmal boleh tunjukkan komitmen untuk menentang sebarang tindakan melampau pihak-pihak DAP sebagai penyatuan Melayu, sepatutnya itu diterjemahkan di pihak pusat.

“Kita pun nak lihat sejauh mana pusat juga harus ambil tindakan yang sama.

“Tidak lagi berkompromi dengan benda-benda yang menyebabkan timbul polemik sebab kalau Umno dilihat parti yang berjuangkan agama bangsa sebagainya dan dia tak boleh hanya membenarkan tindakan dibuat di pihak negeri,’’ katanya pada sidang media selepas program Malam Cinta Gaza malam tadi.

Semalam, Akmal yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkuatkuasa minggu hadapan.

Akmal yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau mengumumkan keputusan berkenaan ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno pada Persidangan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur semalam.

Beliau menyatakan keputusan itu diambil bagi membolehkannya memfokus kepada perjuangan menentang DAP, yang disifatkan sebagai musuh yang nyata.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, tindakan Akmal itu perlu disusuli dengan tindakan lain daripada Umno supaya impak terhadap peletakan jawatan itu memberikan kesan.

“Kena ada satu tindakan. Kalau dia letak jawatan sekadar sebagai Exco (Kerajaan negeri Melaka) apa impak kepada parti, tindakan Umno khususnya tapi itu hak peribadi beliau.

“Sepatutnya di pihak Persekutuan dan juga negeri-negeri lain. Sebenarnya Perak, Pahang, Selangor dan sebagainya kita harus lihat, dia mesti diterjemahkan sebagai satu komitmen bersama,’’ katanya. – 16 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related