◉ HEADLINES

Isu libatkan Street Dakwah MRM adalah isu kanopi, bukan berkaitan dakwah: Hannah

Isu tersebut telah diselesaikan dan perjumpaan diadakan manakala barang-barang itu diambil balik oleh MRM dan tiada bahan agama dirampas oleh DBKL

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu melibatkan bahan-bahan yang dirampas d reruai Street Dakwah anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Bukit Bintang, oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini adalah membabitkan isu kanopi, bukan berkaitan dakwah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh memberitahu, barang-barang yang diambil ialah kerusi, meja lipat, khemah atau kanopi dan troli beroda susulan aduan yang diterima.

Isu tersebut, katanya, telah diselesaikan dan perjumpaan telah diadakan manakala barang-barang itu diambil balik oleh MRM dan tiada bahan agama dirampas oleh DBKL.

“Isu ini bukan isu dakwah, ini isu kanopi dan berbeza isunya. Untuk aktiviti dakwah, DBKL sentiasa bekerjasama dengan semua pihak.

“Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sentiasa menyokong aktiviti dakwah dan tidak pernah menghalang namun hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan,’’ katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Hannah menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang ingin mengetahui mengenai rampasan di Street Dakwah di Bukit Bintang baru-baru ini.

Shahidan berkata, MRM sudah melaksanakan dakwah berkenaan sejak 10 tahun lalu namun apabila Datuk Bandar yang baharu tiba-tiba merampas bahan-bahan berkenaan.

Hannah yang menjawab soalan berkenaan bagaimanapun berkata tuduhan bahawa Datuk Bandar merampas bahan tersebut adalah fitnah kerana barang yang dirampas bukan bahan agama.

“Saya hendak betulkan kenyataan Yang Berhormat bahawa Datuk Bandar yang baharu ini merampas bahan-bahan MRM. Ini adalah satu fitnah dan kita kena bersangka baik pada bulan Ramadan.

“DBKL telah mengeluarkan kenyataan media bahawa ini bukan isu dakwah tetapi isu kanopi. Untuk aktiviti dakwah ini, DBKL sentiasa bekerjasama dengan semua pihak,’’ katanya. – 26 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related