◉ HEADLINES

Kontraktor utama LRT3 berhak dikenakan denda LAD RM474.8 juta: Loke

Jika dikira dari tamat Lanjutan Masa (EOT) No. 2 iaitu pada 10 Julai 2025, jumlah hari kelewatan sehingga 31 Disember lalu adalah sebanyak 174 hari

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kontraktor utama projek LRT3 berhak dikenakan denda Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM474.8 juta setakat 31 Disember tahun lepas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Menurut beliau, kadar LAD harian yang ditetapkan ke atas kontraktor adalah RM2.7 juta bagi setiap kelewatan.

Menurutnya, jika dikira dari tamat Lanjutan Masa (EOT) No. 2 iaitu pada 10 Julai 2025, jumlah hari kelewatan sehingga 31 Disember lalu adalah sebanyak 174 hari.

“Pihak kontraktor utama sedia maklum berkenaan LAD tersebut dan pihak Prasarana telah pun mendapat jaminan daripada pihak kontraktor utama untuk mengurus dan menyelesaikan kesemua masalah yang berbangkit dalam tempoh terdekat,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Loke menjawab soalan daripada Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang ingin tahu mengenai jumlah nilai LAD yang akan dikenakan terhadap kontraktor Setia Utama LRT3 Sdn Bhd setakat 31 Disember 2025 kerana tidak menepati jadual penyiapan projek LRT3 dan adakah kelewatan melibatkan kegagalan Siemens untuk menyediakan perisian memuaskan mengikut jadual.

Mengulas lanjut, Loke memberitahu, kegagalan pihak pembekal sistem semboyan iaitu Siemens dalam menyediakan perisian yang memuaskan mengikut jadual ditetapkan, kelewatan projek juga disumbang beberapa faktor lain.

“Ini termasuk kelewatan pelaksanaan ujian kritikal pakej sistem yang lain seperti sistem komunikasi, ujian-ujian integrasi ( SIT) yang kini telah selesai dan beberapa siri kegagalan semasa pengujian Larian Tanpa Gagal (FFR),’’ katanya.

Tambah Loke, fokus utama pihak Prasarana buat masa ini adalah bagi menyelesaikan pengujian FFR yang berbaki lapan set tren. – 3 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related