◉ HEADLINES

Seorang daripada empat anak Daim sudah hubungi SPRM: Azam

Hanya seorang daripada empat anak Daim sudah menghubungi SPRM, manakala tiga yang lain masih belum diketahui

1:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Salah seorang daripada empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin sudah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, keberadaan tiga lagi anak Allahyarham masih belum diketahui.

“Tiga yang lain, kita masih tidak mengetahui keberadaan mereka dan kita telah menggesa pihak peguam supaya menghubungi ketiga-tiga mereka untuk hadir ke pejabat kami secepat mungkin,” katanya, lapor media.

Azam berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat SPRM, di Putrajaya hari ini.

Pada Sabtu, SPRM telah mengeluarkan Notis Kesan Individu terhadap empat anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin berikutan kegagalan individu terbabit memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi yang telah diserahkan sebelum ini.

Mereka ialah Asnida Abdul Daim, Md Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim, dan Muhammed Amin Zainuddin Daim.

SPRM memaklumkan notis berkenaan dikeluarkan sebagai tindakan susulan yang sah di sisi undang-undang.

“SPRM ingin menegaskan bahawa Notis Kesan Individu bukan satu bentuk hukuman atau ‘Wanted List’ dan notis itu juga bukan bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya merupakan mekanisme prosedural bagi mengesan dan memastikan kehadiran membantu siasatan,’’ katanya. – 4 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related