◉ HEADLINES

125,000 penjawat awam Gred 1 dapat laluan kenaikan pangkat ke Gred 5 mulai 2027

Perdana Menteri mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan laluan kenaikan pangkat khas bagi 125,000 penjawat awam Gred 1 — termasuk pembantu tadbir, pengkeranian dan kewangan — untuk naik ke Gred 5 menjelang 1 Januari 2027, dengan syarat kursus dan kelayakan tertentu

11:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 125,000 penjawat awam Gred 1 meliputi kategori pembantu tadbir, pengkeranian dan kewangan bakal menikmati laluan kenaikan pangkat baharu ke Gred 5, susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan langkah itu adalah penambahbaikan penting di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi memastikan penjawat awam gred rendah mempunyai peluang kemajuan kerjaya yang lebih jelas.

“Walaupun ada kenaikan ikut SSPA, kategori paling rendah ini perlu ditingkatkan sedikit. Saya telah minta JPA sediakan laluan kenaikan gred daripada Gred 1 ke Gred 5,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, laluan kenaikan itu akan disertai syarat tertentu termasuk tempoh perkhidmatan kelayakan serta kursus khas selama dua hingga tiga minggu bagi memastikan penjawat awam terbabit mengikuti perkembangan semasa dan pendedahan teknologi maklumat.

Perdana Menteri turut menetapkan proses kenaikan pangkat bagi kesemua 125,000 penjawat awam ini perlu diselesaikan selewat-lewatnya 1 Januari 2027.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Shamsul Azri ketika ditemui media berkata laluan kenaikan pangkat ini adalah antara penambahbaikan di bawah SSPA, dengan syarat utama penjawat awam perlu menjalani kursus yang ditentukan JPA bermula Januari 2027. – 9 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related