◉ HEADLINES

Bapa Zayn Rayyan rayu bantuan tampung kos mahkamah

Zaim Ikhwan memerlukan tambahan RM65,000 demi perjuangan keadilan buat arwah anaknya

12:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari, merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos perbicaraan yang sedang dihadapinya bersama isteri, Ismanira Abdul Manaf, di Mahkamah Tinggi.

Menurut Zaim, sejak kes pertuduhan bermula di Mahkamah Sesyen, mereka telah membelanjakan kira-kira RM200,000 bagi kos guaman dan urusan mahkamah.

“Dengan rendah hati saya dan isteri memohon jasa baik serta keprihatinan saudara mara, rakan-rakan dan orang ramai untuk membantu menampung kos di Mahkamah Tinggi. Kini, kami memerlukan lebih kurang RM65,000 lagi,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram semalam.

Zaim menegaskan segala usaha dilakukan demi memastikan keadilan ditegakkan buat arwah anaknya dan keluarga mereka.

“Saya merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan demi mendapatkan keadilan buat seluruh keluarga kami termasuk arwah Zayn Rayyan,” ujarnya.

Pada Januari lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang membebaskan Zaim daripada pertuduhan mengabaikan anak autistik berusia enam tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, tiga tahun lalu.

Terdahulu, pada 31 Oktober tahun lalu, Ismanira dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabaikan anak sulung mereka. – 18 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related