◉ HEADLINES

Krisis tenaga global: pendidikan tetap jadi keutamaan – PM

Pendirian kerajaan adalah untuk memastikan projek kemudahan pendidikan diluluskan dan dilaksanakan segera tanpa menangguhkannya melainkan projek besar

1:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan susulan krisis tenaga global namun isu pendidikan akan terus menjadi keutamaan kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, ia bagi memastikan mutu pendidikan untuk generasi masa depan tidak terjejas.

Malah, katanya, pendirian kerajaan adalah untuk memastikan projek kemudahan pendidikan diluluskan dan dilaksanakan segera tanpa menangguhkannya melainkan projek besar yang memerlukan masa yang panjang namun projek kecil, terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan akan terus diberikan keutamaan.

“Banyak negara kerana kebetulan sengketa dan perseteruan dengan negara-negara jiran dan rantau, terpaksa membelanjakan peruntukan yang tinggi untuk keselamatan.

“Oleh itu peruntukan untuk pendidikan itu agak terbelakang. Generasi berikutnya tentu akan terkesan bila mutu pendidikan dan kemudahannya itu agak hambar,” lapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford Kuala Kangsar, di Perak, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan dalam sistem pendidikan, penerapan nilai adab adalah suatu perkara yang tidak boleh dipinggirkan dan perlu terus menjadi keutamaan warga pendidik bagi melahirkan generasi yang tinggi moral dan akhlaknya.

Sementara itu, berhubung permintaan tambahan oleh Old Cliffordians’ Association (OCA) untuk SMK Clifford, Anwar berkata ia terpaksa ditangguhkan buat sementara sehingga ekonomi negara kembali stabil.

“Tetapi untuk sekolah, saya telah dengar tadi daripada Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan (Datuk Dr Mohd Azam Ahmad) dan juga beberapa projek yang (dilaksanakan) ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri), Insya-Allah kita segerakan.

“Bila saya katakan segerakan, saya minta pejabat daerah bersama-sama untuk teliti projek ini mesti dimulakan selewat-lewatnya dua minggu (selepas) daripada kehadiran saya,” kata beliau.

Pada majlis berkenaan, Anwar menyaksikan penyerahan cek cura berjumlah RM296,000 yang diluluskan kepada OCA bagi tujuan pemuliharaan bangunan hospital pertama di Kuala Kangsar yang dibina pada 1890 dan berada dalam kawasan SMK Clifford.

Perdana Menteri turut mendengar taklimat berkenaan projek menaik taraf bangunan tersebut yang dijangka siap pada Ogos depan. – 4 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related