◉ HEADLINES

Sidang DUN Negeri Sembilan ditangguh ke tarikh baharu: Aminuddin

Ia sepatutnya berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan bersambung semula pada 27 April

1:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 yang bermula hari ini ditangguhkan kepada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun selepas istiadat pembukaan persidangan itu yang disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pagi tadi.

“Sidang dewan kita tangguh kepada tarikh yang bersesuaian mengikut keadaan,” katanya kepada pemberita di Lobi Wisma Negeri di sini.

Sidang DUN itu sepatutnya dijadual berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan bersambung semula pada 27 April.

Terdahulu, Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman turut membuat pengumuman penangguhan itu di dalam dewan persidangan selepas titah diraja pagi ini.

Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa serta kepentingan untuk memastikan kelancaran perjalanan sidang DUN akan datang.

MK Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mendapatkan satu tarikh baharu untuk diperkenankan Tuanku Muhriz sebelum notis diedarkan kepada semua ahli dewan.

“Perasmian hari ini cukup syarat sebab itu ia boleh ditangguh. Kalau tidak cukup syarat, tidak boleh tangguh…hari ini perasmian cuma titah Tuanku Muhriz sahaja. Persidangan hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh akan dimaklumkan kelak.

“Saya harap apa yang berlaku di Negeri Sembilan nanti, sebelum kita bersidang akan datang dapat dijernihkan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan persidangan yang sepatutnya dijadualkan bersambung pada Isnin hingga Rabu depan ditangguhkan atas budi bicara beliau sebagai pengerusi dewan. – 23 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related