◉ HEADLINES

Jemaah haji Malaysia rebah, meninggal di Masjidil Haram

Pengurusan TH berkata lelaki berusia 65 tahun dari Pahang rebah ketika hendak menunaikan solat Jumaat di dataran Masjidil Haram, Makkah, sebelum disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung

9:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang jemaah haji Malaysia rebah ketika hendak menunaikan solat Jumaat di dataran Masjidil Haram, sebelum disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, semalam.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, berkata Allahyarham berusia 65 tahun dari Pahang itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira 12.15 tengah hari waktu tempatan (5.15 petang waktu Malaysia) akibat komplikasi jantung.

“Rawatan awal termasuk bantuan pernafasan diberikan di lokasi kejadian, sebelum beliau dibawa ke Hospital Jiwar Jabal Omar untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, jemaah berkenaan disahkan meninggal dunia di pusat rawatan berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Allahyarham yang hadir ke tanah suci bersama isterinya berada di kawasan dataran Masjidil Haram bagi menunaikan solat Jumaat sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Mohd Hisham berkata segala urusan pengurusan jenazah telah diuruskan sepenuhnya oleh Tabung Haji (TH), termasuk membawa jenazah ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas Maghrib dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea.

“Petugas unit kebajikan, kaunselor dan pembimbing ibadat haji turut menziarahi isteri Allahyarham bagi memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya.

Pihak TH juga akan melaksanakan badal haji bagi pihak Allahyarham serta majlis bacaan tahlil bersama jemaah haji lain,” katanya. – 2 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related