◉ HEADLINES

Empat gerabak tren tergelincir berjaya dinaikkan, dibawa ke depot bagi pemeriksaan

Kerja-kerja pemulihan tren yang dijalankan semalam dan awal pagi ini membabitkan proses penyambungan (coupling) antara gerabak-gerabak tren dan kenderaan trek khas

2:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat gerabak tren yang tergelincir berhampiran Stesen LRT Chan Sow Lin pada Khamis, berjaya dinaikkan semula ke landasan dan dibawa pulang ke depot bagi pemeriksaan dan tindakan lanjut oleh pasukan teknikal.

Rapid KL dalam kenyataannya berkata, kerja-kerja pemulihan tren yang dijalankan semalam dan awal pagi ini membabitkan proses penyambungan (coupling) antara gerabak-gerabak tren dan kenderaan trek khas.

Ia bagi membolehkan pergerakan keluar dilakukan dengan selamat dan terkawal.

“Gerak kerja sedang giat diteruskan demi memastikan perjalanan yang selamat lagi selesa buat penumpang dapat dikembalikan secepat mungkin,’’ katanya.

Pada Khamis, sebuah tren bagi Laluan Ampang/Sri Petaling tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan berdekatan Stesen Chan Sow Lin sehingga menjejaskan jadual perkhidmatan.

Rapid Rail mengesahkan insiden itu berlaku akibat kerosakan pada suis landasan sehingga menyebabkan tren terbabit tidak dapat bergerak dan menjejaskan jadual perjalanan Laluan Ampang/Sri Petaling.

Berikutan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut dan mengarahkan APAD mengambil tindakan hukuman paling maksimum terhadap pengendali perkhidmatan iaitu Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).

Menurutnya, dapatan siasatan oleh pasukan berkenaan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dan dihebahkan secepat mungkin.

Beliau juga memberitahu, laluan LRT berkenaan yang digantung susulan insiden tersebut dijadual beroperasi semula pada 3 Jun ini. – 30 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related