◉ HEADLINES

Krisis bekalan global: Subsidi diesel Sabah, Sarawak cecah RM1.4b dalam 4 bulan

Bagi mendepani implikasi kewangan yang besar, kerajaan mengoptimumkan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) berasaskan teknologi digital bagi mengekang ketirisan dana sambil memastikan kestabilan rantaian bekalan domestik

2:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Lonjakan harga minyak dunia ekoran krisis bekalan global menyaksikan perbelanjaan subsidi diesel bagi Sabah dan Sarawak melambung tinggi, mencecah RM1.4 bilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan angka tersebut yang menunjukkan peningkatan drastik berbanding perbelanjaan RM2 bilion bagi keseluruhan tahun lalu untuk kedua-dua negeri berkenaan.

Memperincikan trend peningkatan yang amat ketara bermula Mac lalu, Armizan berkata untuk dua bulan pertama 2026, subsidi diesel dibelanjakan untuk Sabah dan Sarawak ialah RM103 juta bagi Januari, dan RM106 juta pada Februari.

“Namun, implikasi subsidi diesel bagi kedua-dua wilayah ini mencecah RM563 juta pada Mac dan RM647 juta bagi April.”

“Kerajaan komited untuk terus menyalurkan subsidi kepada rakyat dan industri secara bersasar. Justeru, kita perlu menguruskannya dengan baik kerana (melibatkan) implikasi kewangan besar,” katanya.

Kenyataan itu diulas beliau kepada media selepas menyempurnakan penyerahan Fleet Card SmartPay Petronas kepada sebahagian syarikat pengangkutan darat barangan dan awam di Sabah yang berdaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) di sini hari ini.

SKDS benteng kekang ketirisan dana

Bagi mengimbangi tekanan fiskal tersebut, SKDS dimanfaatkan sebagai antara mekanisme pengurusan risiko yang diwujudkan bagi membendung ketirisan subsidi diesel, selain memperkukuh penguatkuasaan serta pemantauan penyaluran bahan api berteraskan teknologi digital.

Beliau berkata kerajaan komited untuk terus menyalurkan subsidi diesel kepada rakyat dan industri secara bersasar sebagai langkah intervensi dan mitigasi bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup serta pergerakan harga barangan dan perkhidmatan.

Pada masa sama, kerajaan akan berusaha memastikan bekalan bahan api mencukupi dan stabil di seluruh negara, menerusi kerjasama rapat dengan pemain industri minyak dan gas bagi memperkukuh rantaian bekalan serta mengelakkan ketirisan.

“Setakat ini, bekalan terjamin dan kita akan memastikan tidak ada gangguan besar bekalan bahan api sama ada petrol atau diesel di stesen-stesen minyak,” katanya.

Struktur Penyaluran Subsidi BersasarArmizan berkata pelaksanaan subsidi bahan api bersasar akan diteruskan meskipun berdepan implikasi kewangan besar, termasuk menerusi program Budia Madani bagi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter dengan kuota 200 liter sebulan untuk penerima yang layak.

Sementara itu, SKDS turut diperkenalkan bagi membolehkan syarikat pengangkutan darat barangan yang menerima kad flit menikmati subsidi bahan api pada kadar RM2.15 seliter, manakala bagi sektor pengangkutan darat awam pula diperuntukkan pada kadar RM1.88 seliter. – 15 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related