◉ HEADLINES

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, tegaskan pembubaran DUN ikut titah perlembagaan

Menteri Besar Johor menafikan dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa Istana “mengarahkan” pembubaran Dewan Negeri Johor, menegaskan proses itu dibuat mengikut titah perkenan Pemangku Sultan Johor selaras Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

11:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menolak sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau pernah memaklumkan kononnya pihak Istana mengarahkan pembubaran Dewan Negeri Johor.

“Apa yang saya jelaskan ialah pembubaran tersebut dibuat setelah mendapat titah perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, selaras dengan Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Onn Hafiz menegaskan Menteri Besar tidak boleh membubarkan Dewan Negeri sesuka hati, sebaliknya perlu melalui proses perlembagaan dan hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan.

“Mendapat titah perkenan ialah satu proses perlembagaan dan sama sekali tidak bermaksud menerima arahan atau campur tangan politik,” jelasnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Puad sebagai tidak bertanggungjawab kerana berpotensi menimbulkan persepsi bahawa Institusi Diraja mencampuri urusan politik Umno Johor.

“Kenyataan sedemikian amat serius dan berpotensi menyentuh sensitiviti 3R, khususnya berkaitan Institusi Diraja, selain boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam,” tegasnya.

Sehubungan itu, UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Onn Hafiz turut menyeru semua pihak menghormati Institusi Diraja, mematuhi Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor serta tidak memperalatkan institusi tersebut dalam pertelingkahan politik.

Kenyataan ini hadir sehari selepas Puad Zarkashi, bekas Speaker DUN Johor dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, mengumumkan keluar parti serta-merta dengan alasan Umno Johor kini menjadi “boneka Istana”. – 25 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

◉ Related