◉ HEADLINES

RUU Komunikasi dan Multimedia kukuh perkhidmatan sejagat, dibentang bacaan kali pertama

Antara cadangannya ialah memperluaskan fungsi suruhanjaya, mengubah komposisi keanggotaan dan menaikkan had nilaian kontrak tanpa kelulusan Menteri sehingga RM50 juta

4:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Antara cadangannya ialah memperluaskan fungsi suruhanjaya, mengubah komposisi keanggotaan dan menaikkan had nilaian kontrak tanpa kelulusan Menteri sehingga RM50 juta.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata bacaan kali kedua RUU itu akan dibuat pada persidangan kali ini.

Menurut naskhah RUU berkenaan yang dimuat naik di portal rasmi Parlimen, antara cadangan utama ialah pindaan Seksyen 45 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 589) menerusi Fasal 15 yang meningkatkan had nilai kontrak yang boleh dimeterai oleh Suruhanjaya secara mandiri.

“Had nilaian kontrak yang boleh dibuat oleh Suruhanjaya tanpa keperluan untuk mendapatkan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan dicadangkan dinaikkan daripada tidak melebihi RM5 juta kepada tidak melebihi RM50 juta,” menurut RUU tersebut.

RUU itu turut mencadangkan penggantian Seksyen 6 menerusi Fasal 3 bagi memperjelas komposisi keanggotaan Suruhanjaya yang memperuntukkan pelantikan tiga orang anggota mewakili Kerajaan Persekutuan.

“Salah seorang daripadanya hendaklah Ketua Setiausaha bagi Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia yang merupakan anggota ex-officio,” menurut RUU itu.

Pindaan itu juga menaikkan bilangan maksimum anggota lain daripada lima kepada tujuh orang anggota yang mempunyai kelayakan, pengalaman dan pengetahuan dalam perkara berkaitan termasuk komunikasi, perundangan, ekonomi dan perlindungan pengguna.

Selain itu, Fasal 4 menetapkan tempoh jawatan bagi Pengerusi dan anggota lantikan selama dua tahun dan layak dilantik semula, namun tidak boleh memegang jawatan lebih daripada lima tempoh sama ada terus menerus atau selainnya.

Sementara itu, Fasal 7 memperluas fungsi Suruhanjaya untuk membangun dan mengawal selia piawaian infrastruktur serta platform bagi menggalakkan saling kendali selain mengawal selia piawaian keselamatan, integriti dan keutuhan aset maklumat serta rangkaian komunikasi. – 13 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related