◉ HEADLINES

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tingkat pendapatan rakyat : Amir Hamzah

Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini

12:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2027 akan terus memberi tumpuan utama kepada usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat, memperluas peluang pekerjaan serta menangani cabaran kos sara hidup, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bercakap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan, Amir Hamzah berkata, matlamat utama adalah untuk memastikan manfaat daripada pertumbuhan ekonomi dapat dirasai dengan lebih menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat.

Ia juga, katanya, termasuk mengambil kira harapan rakyat yang semakin tinggi terhadap penyampaian kerajaan.

Selain itu, katanya, usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara, melindungi kesejahteraan rakyat dan melaksanakan langkah-langkah meningkatkan kemampanan fiskal turut menjadi tumpuan.

“Kerajaan akan meneruskan komitmen memperkukuh daya saing ekonomi negara dengan menggalakkan pelaburan berkualiti tinggi, meningkatkan produktiviti serta mempercepat pembangunan sektor-sektor strategik yang mampu menjana nilai tambah, pekerjaan berpendapatan tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.

Majlis libat urus itu dihadiri kira-kira 400 wakil daripada kumpulan industri, masyarakat sivil, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan institusi akademik.

Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini.

Beliau turut memberitahu, kerajaan juga akan terus memberi keutamaan kepada sektor pertumbuhan utama termasuk semikonduktor, peralihan tenaga, ekonomi digital dan kewangan Islam.

Jelasnya, kerajaan menyasarkan untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi, meningkatkan produktiviti serta menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat pemula.

“Ini akan membolehkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan keluaran tempatan menembusi rantaian nilai global sebagai produk ‘Dibuat Oleh Malaysia’,” katanya, sambil menambah bahawa penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan teknologi akan diberi penekanan.

Beliau turut menyentuh mengenai usaha kerajaan dalam merancang untuk menaik taraf perkhidmatan awam dalam bidang pendidikan dan kesihatan, selain memperluas jaringan keselamatan sosial bagi golongan rentan dengan kerjasama NGO dan rakan strategik.

Mengenai tadbir urus yang baik, Amir Hamzah menekankan usaha menyelaraskan peraturan, mengurangkan kerenah birokrasi serta mempercepatkan pendigitalan penyampaian perkhidmatan awam bagi menambah baik ekosistem perniagaan. – 18 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related