◉ HEADLINES

Provokasi Hari Kebangsaan: Lelaki lompat pagar direman sehari

Suspek berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Dataran Putrajaya Isnin lalu

12:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai terlibat dalam insiden provokasi pada sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Isnin lepas, direman satu hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat pihak polis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan reman tersebut.

“Suspek direman selama sehari bermula hari ini,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial tindakan seorang lelaki yang mencetuskan provokasi apabila cuba melompat pagar untuk masuk ke tempat duduk ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya.

Pihak polis kemudian meminta individu tersebut tampil bagi membantu siasatan, selepas empat laporan polis berkaitan kejadian berkenaan diterima.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – 2 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related