◉ HEADLINES

Azeez Rahim bakal didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Semakan mahkamah menunjukkan Abdul Azeez, yang juga bekas Ahli Parlimen Baling akan dituduh di hadapan Hakim Azura Alwi pada 9 pagi

7:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semakan mahkamah menunjukkan Abdul Azeez, yang juga bekas Ahli Parlimen Baling akan dituduh di hadapan Hakim Azura Alwi pada 9 pagi.

Pada 27 Ogos lepas, bekas pengerusi TH itu dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan masing-masing direman tujuh hari hingga 2 Sept bagi membantu siasatan susulan pendedahan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi itu, lapor Bernama.

Kedua-dua individu berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti kaedah keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan berkenaan turut mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Skop siasatan RCI meliputi penelitian terhadap isu berkaitan TH sepanjang tempoh 2014 hingga 2020 dengan merujuk penemuan firma PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger, tidak termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan yang sedang dijalankan ketika itu. – 8 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related