◉ HEADLINES

Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu akan diumumkan dalam masa terdekat: Saifuddin

Menteri Dalam Negeri berkata proses pelantikan telah selesai mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk mendapatkan pandangan Yang di-Pertuan Agong

4:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu bagi mengantikan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah dimuktamadkan dan akan diumumkan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, proses pelantikan telah selesai mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk mendapatkan pandangan Yang di-Pertuan Agong.

“Prosesnya bermula dengan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), yang saya pengerusikan bersama jawatankuasa yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek pembangunan di bawah RP1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Kulim, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata beberapa nama telah dipertimbangkan dan perbincangan diadakan sebelum proses itu dimuktamadkan.

“Segalanya telah selesai. Kita telah menamakan calon dan pengumuman akan dibuat secepat mungkin, sama ada dalam tempoh beberapa jam akan datang atau dalam tempoh satu atau dua hari lagi,” katanya.

Mengenai kriteria kelayakan bagi jawatan Timbalan KPN, Saifuddin Nasution berkata semua pegawai berpangkat Pesuruhjaya Polis (CP) layak dipertimbangkan.

Beliau berkata PDRM kini mempunyai 25 pegawai berpangkat CP, manakala tiga lagi memegang pangkat berkenaan dalam kapasiti khas yang dilantik oleh Ketua Polis Negara.

Pada Julai, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang mencapai umur persaraan wajib menyerahkan tugas Timbalan KPN kepada Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Ibrahim Darus, yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan KPN. – 13 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related