◉ HEADLINES

Wanita mati ditikam 13 kali oleh suami dipercayai kerana cemburu

Mangsa seorang wanita berusia 39 tahun ditikam 13 kali oleh suaminya di bilik tidur mereka di Taman Tiram, Kulim malam tadi sebelum suspek menyerahkan diri di Balai Polis Lunas

9:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut akibat ditikam 13 kali oleh suaminya selepas berlaku pertengkaran dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tiram, Kulim, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Syamsul Sinring berkata mangsa berusia 39 tahun telah dibawa ke Hospital Kulim oleh keluarga dan disahkan meninggal dunia pada 9.30 malam.

“Suaminya berusia 43 tahun yang merupakan penganggur, hadir ke Balai Polis Lunas pada 8.40 malam tadi dan memaklumkan dia telah menikam isterinya sebanyak 13 kali di rumah mereka.

“Suspek turut menyerahkan sebilah pisau lipat dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Syamsul, kejadian berlaku di dalam bilik tidur utama rumah teres setingkat yang didiami suspek, mangsa dan anak mereka berusia tiga tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran antara suspek dan mangsa disebabkan cemburu.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai darah pada cadar tilam, bantal, kepala katil serta beberapa barangan di atas katil. Sebanyak 11 sampel berhubung kejadian telah diambil,” katanya.

Syamsul berkata suspek mengaku telah menikam mangsa sebanyak 13 kali iaitu tujuh tikaman pada dada, lima tikaman pada perut dan satu pada rusuk kanan menggunakan pisau lipat.

Sempat mandi dan selamatkan anak

“Selepas kejadian, suspek telah mandi dan mengambil anaknya daripada pengasuh sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada kakaknya di kawasan rehat dan rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang.

“Suspek turut memaklumkan kepada kakaknya bahawa dia telah menikam isterinya sebelum pergi ke Balai Polis Lunas untuk menyerah diri,” katanya.

Beliau berkata suspek ditahan pada 9 malam dan sebilah pisau lipat berukuran 20 sentimeter (cm) telah dirampas.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – 15 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related