◉ HEADLINES

Azmin ‘pulang’ ke Hulu Kelang, berdepan Juwairiya Zulkilfi

Kekerapannya mengunjungi Hulu Kelang dengan menyelitkan pelbagai program bersama penduduk setempat termasuk sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu turut ‘mencuri’ tumpuan

11:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Spekulasi bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang akhirnya menjadi
kenyataan apabila namanya diumum sebagai calon bagi kerusi berkenaan oleh
Perikatan Nasional (PN) Selangor, malam ini.

Meskipun pada Februari lalu, Azmin yang juga pengerusi Bersatu Selangor itu
mengumumkan mahu berehat sementara dari dunia politik, namun pembukaan pusat
khidmat yang dijadikan sebagai bilik Gerakan di rumah banglo milik arwah
ibunya, di Jalan Kolam Air, Kampung Klang Gate Baharu menguatkan lagi spekulasi
tersebut.

Malah kekerapannya mengunjungi Hulu Kelang dengan menyelitkan pelbagai
program bersama penduduk setempat termasuk sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu turut
‘mencuri’ tumpuan.

Dengan pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada
Majlis Pengisytiharan Calon PN Pilihan Raya Negeri Selangor di Taman Medan, malam
ini, ia sekali gus mengesahkan kepulangan semula beliau di kerusi yang pernah
dimenanginya pada 1999.

Barisan pemimpin yang hadir pada majlis pengisytiharan calon Perikatan Nasional menjelang PRN negeri Selangor tidak lama lagi. – Gambar Scoop, 26 Julai, 2023

Azmin menjadi Menteri Besar Selangor dari 2014 sehingga 2018 dan bekas
penyandang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang pada 1999 namun
tewas pada calon Barisan Nasional (BN) pada 2004.

Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu adalah
penyandang tiga penggal DUN Bukit Antarabangsa yang terletak di bawah Parlimen
Ampang yang dikuasai oleh PKR.

Bagaimanapun kegagalan Azmin mempertahan kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan
Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu dilihat mendorong Bersatu mencari ‘kerusi
selamat’ untuk beliau pada PRN ini meskipun menjadi Adun Bukit Antarabangsa
selama 15 tahun.

Azmin bakal bertembung dengan bekas Adun Bukit Melawati, Juwairiya Zulkilfi,
yang menjadi calon PH di DUN Hulu Kelang.

Juwairiya mengambil alih kerusi yang disandang Saari Sungib dari Amanah.

Saari yang merupakan penyandang kerusi tersebut selama tiga penggal berturut-turut
mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi berkenaan kerana masalah kesihatan.

Menerusi pengumuman PN ini juga, Azmin mungkin akan menjadi ‘poster boy’ untuk calon Menteri Besar Selangor bagi PN. – 26 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related