◉ HEADLINES

Ringgit tutup sedikit tinggi berbanding dolar AS, dirangsang permintaan sederhana

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2795/2870 berbanding dolar AS daripada 4.2840/2910 semalam

9:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dirangsang oleh permintaan sederhana, apabila pelabur kekal berhati-hati di samping memantau perkembangan ekonomi yang berterusan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2795/2870 berbanding dolar AS daripada 4.2840/2910 semalam.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata ringgit kekal sebahagian besarnya dalam zon neutral.

“Sementara itu, sentimen serantau secara keseluruhannya kelihatan cenderung kepada mata wang negara Asia yang lebih kukuh, walaupun pasaran tempatan masih belum menunjukkan hala tuju yang jelas,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata won Korea mencatatkan lonjakan ketara, didorong oleh spekulasi bahawa pengukuhan mata wang itu — dan seterusnya, penyusutan dolar AS — mungkin berkait dengan perbincangan perdagangan yang sedang berlangsung antara AS dan Korea Selatan.

“Walaupun belum ada pengesahan rasmi namun, para peserta pasaran semakin banyak berspekulasi bahawa AS mungkin secara senyap membenarkan mata wangnya mengalami penurunan berbanding mata wang negara Asia,” katanya.

Innes berkata bagaimanapun, ringgit menunjukkan reaksi yang terhad terhadap perkembangan itu.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9326/9379 daripada 2.9373/9425 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding euro kepada 4.7939/8023 daripada 4.8204/8282.

Unit domestik juga tinggi berbanding pound British kepada 5.6862/6961 daripada 5.7191/7285.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang tempatan lebih stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.2950/3010 daripada 3.3045/3104 ketika ditutup pada Rabu, dan lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.8198/8488 daripada 12.8920/9208.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 258.8/259.4 daripada 258.6/259.2 dan turun berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.69 daripada 7.66/7.68. – 15 Mei, 2025

Topics

 

◉ Popular

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related