◉ HEADLINES

Tiko, Bunga Citra Lestari selamat bernikah

Bunga turut menjadikan adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Aishah Sinclair sebagai pengapitnya

5:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon popular dari Indonesia, Bunga Citra Lestari selamat menikah bersama pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana di Bali sebentar tadi.

Video hari bahagia Bunga yang berlangsung di sebuah resort mewah itu kini sedang tular di aplikasi TikTok.

Dalam video berkenaan, kelihatan Bunga yang jelita berbusana tradisional kebaya berwarna putih sedang turun tangga sambil ditemani adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Aishah Sinclair. 

@nyunyu.joea

bunga citra lestari dan Tiko aryawardhana resmi menikah di Bali , happy wedding bunga citra lestari dan Tiko aryawardhana #bungacitralestari #tikoaryawardhana #bcltikomenikah #bungacitralestarimenikah

♬ Rasa Cinta Ini – Ghea Indrawari

Turut kelihatan berada di majlis berkenaan ialah aktres popular, Luna Maya dan pengurus serta penganjur konsert, Iman Tang. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji penampilan Bunga yang kelihatan sangat jelita. Mereka turut memuji keluarga Ashraf yang tetap hadir biarpun Bunga kini telah menjadi isteri lelaki lain.

Netizen turut memuji keluarga Ashraf yang tetap hadir biarpun Bunga kini telah menjadi isteri lelaki lain – Tangkapan layar TikTok, 2 Disember, 2023

Terdahulu berita mengenai Bunga yang dikatakan akan menamatkan zaman jandanya mula bertebaran sejak minggu lalu. Dua hari lalu, Bunga juga telah menukar namanya di akaun Instagram dengan tidak lagi menggunakan nama Sinclair. – 2 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related