◉ HEADLINES

Jual banglo, Shila Amzah akui lebih selesa tinggal di rumah lebih kecil

Menurut Shila, dia dan suami lebih selesa tinggal di rumah lebih kecil kerana senang untuk diurus selain tidak mahu dibebani masalah kewangan di masa akan datang

7:52 PM MYT

 

SHAH ALAM – Penyanyi popular, Shila Amzah mendedahkan rumah banglonya yang terletak di Hulu Langat bakal dijual tidak lama lagi.

Menurut Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah, 33, dia lebih selesa tinggal di rumah yang lebih kecil.

Menurut Shila yang kini kembali berbadan dua, dia dan suami selesa tinggal di rumah teres tiga tingkat. – Gambar Instagram, 30 Januari, 2024

“Tak larat la nak duduk di rumah yang besar. Pada saya zaman sekarang, rumah bukan lagi satu aset.

“Saya dan suami iaitu Ubai merancang untuk hidup secara sederhana. Bebas dari hutang. Tak nak peningkan kepala. 

“Kami tak pernah lihat rumah atau kereta mewah sebagai pengukur kejayaan. 

“Kalau dulu mungkin kita nak ikut trend. Orang beli rumah, kita pun nak beli,” katanya kepada Scoop. 

Kata Shila yang kini sedang berbadan dua lagi, dia dan suami kini selesa tinggal di rumah teres tiga tingkat. 

“Kalau kami diberikan rezeki lebih selepas ini pun, kami mahu kekalkan cara hidup sederhana. Tak payah nak ‘upgrade’ gaya hidup. Kita santai-santai sahaja,” ujarnya. 

Kongsi pelantun lagu Memori Tercipta ini lagi, sudah ada beberapa pihak yang berminat untuk membeli rumahnya dan dia kini dalam proses untuk memilih pembeli yang terbaik.  

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu kecoh apabila adik Shila iaitu Syada mendedahkan rumah yang didiami mereka sekeluarga termasuk ibunya akan dijual oleh kakaknya. – 30 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

Be decisive, take action on president Karim, Malaysian Athletics told

Former leading sports figures warn of consequences, including sanctions on Malaysia

◉ Related