◉ HEADLINES

Finas berhasrat jalin kerjasama dengan pemenang Oscar Kartiki Gonsalves

Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pemahaman tentang proses dan jaringan perniagaan merupakan kunci dalam menghasilkan dokumentari terbaik secara keseluruhannya

9:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berhasrat menjalin kerjasama dengan pengarah filem dokumentari The Elephant Whisperers Kartiki Gonsalves, bagi membawa industri penerbitan dokumentari tempatan ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata kerjasama dengan Kartiki yang merupakan pemenang Oscar pada Academy Award ke-95 tahun lepas, akan membawa sinergi positif serta memberi impak kepada industri filem Malaysia.

Beliau berkata pemahaman tentang proses dan jaringan perniagaan merupakan kunci dalam menghasilkan dokumentari terbaik secara keseluruhannya.

“Ilmu yang diperoleh daripada perjalanan penerbitan The Elephant Whisperers, semasa praproduksi hingga kempen Oscar, memberi inspirasi dan boleh membentuk masa depan penerbitan filem dokumentari di Malaysia.

“Perkongsian teraju utama dokumentari itu, pengarahnya Kartiki serta Krish Makhija selaku pengarah fotografi dan editornya Sanchari Molick Das, mampu menjadi panduan berharga kepada pembikin dokumentari tempatan, bagi merintis kejayaan ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan selepas majlis penutup Kelas Pakar (Masterclass) Dokumentari bersama Pemenang Oscar (Dokumentari Terbaik) di Auditorium MyIPO di sini malam tadi.

Azmir berkata Kartiki dalam ceramahnya itu turut menasihati pembikin filem, agar sentiasa berusaha melahirkan filem yang boleh menarik semua golongan penonton seperti alam semula jadi dan kehidupan haiwan liar, walaupun projek seumpama itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Selain itu, Kartiki turut berkongsi pengalamannya yang mengambil masa enam tahun untuk menyiapkan The Elephant Whisperers serta menempuh pelbagai cabaran. 

Program anjuran bersama FINAS dan Universal Zest Sdn Bhd mulai Isnin lepas, dihadiri 85 peserta daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman dalam industri kreatif tempatan.

Turut memberi ceramah pada program itu ialah penerbit dokumentari tempatan Ahmad Yazid, yang berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam penerbitan dokumentari untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. – 16 Mac, 2024

Topics

 

◉ Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related