◉ HEADLINES

Fahmi ucap takziah pemergian wartawan dan penulis lirik terkenal, Huzz

Selain terkenal dengan penulisannya pada era 80-an dan 90-an, Allahyarham juga adalah penulis lirik lagu Keangkuhanmu nyanyian Ramlah Ram

11:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin dan seluruh keluarga atas pemergian abangnya wartawan hiburan Kamal Huzaini Kamaludin atau lebih dikenali sebagai Huzz, 58, yang meninggal dunia hari ini.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau turut berdukacita dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

“Allahyarham cukup terkenal pada era 80-an dan 90-an. Penulisannya sentiasa dinantikan peminat industri hiburan,” katanya.

Terdahulu, Nur-ul Afida ketika dihubungi mengesahkan pemergian Huzz di kediaman abangnya di Bertam, Pulau Pinang, kira-kira 6.10 petang tadi akibat kanser usus.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Langsat di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Allahyarham dilaporkan menerima rawatan di Unit Onkologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Mac 2024 dan disahkan menghidap kanser usus tahap empat, sebelum dilaporkan berada dalam jagaan keluarga sejak beberapa minggu lalu.

Huzz sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz di sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia..

Selain bertugas sebagai wartawan hiburan, Allahyarham juga menulis lirik lagu Keangkuhanmu nyanyian Ramlah Ram, dalam album yang diedarkan pada 1995.

Huzz juga adalah individu yang berjaya menghidu kisah cinta penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan mendedahkan penyanyi itu sedang berkawan dengan seorang usahawan dikenali Datuk K.

Kerana tulisan itu nama Datuk K yang merujuk kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menjadi sinonim sehingga kini. – 8 Jun, 2024

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related