◉ HEADLINES

Api marak di pesawat padam dalam tempoh enam minit

Pihak bomba telah berada di lokasi kejadian 10 minit selepas mendapat panggilan pada 2.55 petang

11:29 AM MYT

 

SEPANG – Api marak di pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Shah Alam semalam berjaya dipadamkan dalam tempoh enam minit, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Pengarah JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata sebuah jentera JBPM yang kebetulan berada di kawasan berdekatan telah bergegas ke lokasi kejadian, dan pihaknya telah berada di lokasi kejadian 10 minit selepas mendapat panggilan pada 2.55 petang.

“Kebetulan sebuah jentera kita dalam perjalanan ke balai selepas melakukan operasi menyelamat orang sesat di lokasi lain dan kebetulan berada berhampiran tempat kejadian dan terus ke situ untuk operasi menyelamat,” katanya dan ia telah memendekkan tempoh respons ke tempat kejadian.

Beliau berkata seramai 53 anggota dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Balai Bomba Kota Anggerik di Shah Alam telah dikejarkan ke lokasi selain bantuan daripada bomba sukarela Saujana Utama.

Ditemui Bernama selepas menyambut kepulangan Ekspedisi Simulasi Menyelamat di Altitud Tinggi di Mardi Himal, Nepal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Abdul Wahab berkata JBPM memulakan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di jalan dan juga serpihan pesawat pagi ini.

Pada masa sama, katanya usaha mencari cebisan mayat yang berkemungkinan masih berada di bawah serpihan pesawat masih diteruskan.

“Pasukan kami masih berasa di lokasi sejak semalam dan kami akan memulakan kerja pembersihan termasuk minyak yang tumpah di jalan raya dan serpihan pesawat pagi ini,” katanya.

Sepuluh individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun terkorban setelah pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang itu terhempas.

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related