◉ HEADLINES

Columbia University batalkan konvokesyen ekoran protes pro-Palestin yang berterusan

Pergerakan pelajar untuk menyokong Palestin yang tidak pernah berlaku di AS sebelum ini turut merebak ke universiti-universiti di Perancis, UK, Jerman, Kanada, Switzerland, India dan Australia

8:26 AM MYT

 

NEW YORK – Columbia University di New York yang menyaksikan demonstrasi mengutuk serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan bersolidariti dengan Palestin semalam mengumumkan pembatalan majlis konvokesyennya minggu depan.

Pihak universiti itu berkata, mereka “akan meninggalkan majlis konvokesyen utama yang dijadualkan pada 15 Mei” dan sebaliknya akan menganjurkan beberapa siri kecil majlis itu, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

Pergerakan pelajar itu tercetus di Amerika Syarikat (AS) pada 18 April, apabila pelajar melakukan mogok duduk sebagai tanda protes kepada serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza di kampus Columbia University di sini, dan menuntut supaya pentadbiran universiti menghentikan kerjasama dengan universiti Israel dan menarik balik pelaburannya dalam syarikat yang menyokong pendudukan rejim Zionis.

Pelajar di universiti-universiti AS sedang berusaha meningkatkan tekanan kepada pentadbiran negara itu supaya menarik pelaburan daripada negara yang menduduki dan syarikat yang menyokongnya serta memboikot universiti Israel yang terlibat dalam genosid penduduk Palestin.

Pergerakan pelajar untuk menyokong Palestin yang tidak pernah berlaku di AS sebelum ini turut merebak ke universiti-universiti di Perancis, United Kingdom, Jerman, Kanada, Switzerland, India dan Australia. – 7 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related