◉ HEADLINES

Polis Peru selamatkan 43 warga Malaysia jadi mangsa Macau Scam

Kesemua mangsa sudah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke dalam masa terdekat

7:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 43 warga Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam diselamatkan polis Republik Peru pada Sabtu lalu.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di La Molina, Lima sebelum kesemua warga Malaysia itu dikenalpasti serta diselamatkan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima telah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik.

“Kesemua mangsa juga telah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes terbabit.

“Pihak terbabit juga akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Lima di talian +51-1-422-0297, +51-1-441-1939, +51-1-441-0795 atau e-mel ke [email protected]. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related