◉ HEADLINES

Chegubard akan didakwa lagi atas tuduhan menghasut di Johor Bahru esok

Pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 itu berhubung kenyataannya mengenai projek kasino di Forest City menerusi media sosial

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok.

Beliau berkata, pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 itu berhubung kenyataannya mengenai projek kasino di Forest City menerusi media sosial.

“Komentar di Facebook berkenaan nak membuka kasino yang dilaporkan Bloomberg. Hantaran saya menyatakan Bloomberg dan Business Times (Singapura) punya pautan, tetapi sampai hari ini Bloomberg tak ‘diusik’.

“AMK (Angkatan Muda Keadilan) tak membuat laporan polis kepada Bloomberg. Akhirnya saya sebagai rakyat Malaysia, saya memperingatkan.

“Ini bukan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini maruah rakyat Malaysia dan implikasi terhadap Yang di-Pertuan Agong. Negara dan Peguam Negara perlu bertindak (dalam isu ini),” katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah di sini, hari ini.

Terdahulu, Badrul Hisham, 45, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan memfitnah dan menghasut dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Chegubard didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah di mana dia mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan didakwa dilakukan di Istana Negara, jam 6 petang pada 22 Januari lalu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Chegubard juga berdepan tuduhan membuat penerbitan menghasut di Taman Bukit Cheras, di sini, jam 12.15 tengah hari, 6 April lalu.

Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Chegubard yang bergari dan memakai set baju Melayu lengkap dikawal ketat polis sebelum dibawa masuk lobi mahkamah pada jam 9.20 pagi.

Dia sempat memberi salam dan mengucapkan selamat Hari Raya kepada pengamal media yang mengambil foto dan videonya.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Chegubard ditahan dan reman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

“Tangkapan berhubung hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan isu pembinaan kasino di Forest City serta membabitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai benteng kritikan,” katanya. – 29 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related