◉ HEADLINES

Ikon Kg Baru, Rumah Biru ditutup secara rasmi selama 4 tahun

Rumah Biru merupakan lokasi popular bagi filem dan drama tempatan dengan kedudukannya di tengah ibu kota berlatarbelakangkan pemandangan KLCC

1:52 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Rumah Biru, yang terletak di Kampung Baru dan sering menjadi lokasi penggambaran filem kerana keunikan seni bina tradisional Melayu, akan ditutup selama empat tahun bagi memberi laluan kepada projek pembongkaran semula palong yang ditanam di bawah tanah rumah tradisional itu.

Bercakap kepada Scoop, pewaris rumah berkenaan, Shafiq Abdullah berkata, rumah itu sudah diduduki oleh tiga generasi keluarganya sejak 1984.

Sebelum ini, katanya, ramai yang beranggapan Rumah Biru kosong namun sebenarnya rumah itu didiami oleh satu keluarga di situ.

“Jabatan Perparitan dan Saliran Kuala Lumpur akan menyiapkan projek itu dalam masa 4 tahun, justeru secara rasmi kami telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh berkenaan.

“Pampasan sudah diberikan tujuh ke lapan tahun lalu, namun disebabkan berlaku pertukaran kerajaan maka proses tersebut mengambil masa,’’ katanya.

Rumah Biru merupakan lokasi popular bagi filem dan drama tempatan termasuk Adnan Sempit, Rempit dan Impak Maksima, malah kedudukannya di tengah ibu kota dengan berlatarbelakangkan pemandangan KLCC menarik perhatian ramai.

Malah, ia masih dikunjungi pelawat walaupun sudah ditutup pada bulan lepas.

Beliau turut memberitahu, sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau keretakan selepas projek itu berakhir, pihak terbabit akan memberikan ganti rugi.

“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh 3 atau 4 tahun. Dengan harapan selepas ini kami pulang semula ke tanah kami ini,’’ katanya.

Shafiq juga memaklumkan banyak rumah di kawasan itu akan turut dikosongkan dan beliau bersetuju untuk berpindah kerana mungkin projek terbabit adalah untuk kebaikan semua, termasuk bagi mengelakkan banjir. – 27 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related