◉ HEADLINES

DAP tak perlu bantu kempen calon Umno di Nenggiri: Veteran Umno

Veteran Umno sebelum ini menyalahkan DAP atas kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Sungai Bakap

12:22 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – DAP tidak perlu turun padang bagi membantu kempen calon Umno di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, kata setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub.

Mustapha berkata, beliau menghormati hasrat DAP yang mahu berkampung di kawasan Orang Asli di Nenggiri namun parti itu boleh membantu dalam cara lain.

“Kehadiran mereka tidak sesuai kerana kawasan perkampungan Orang Asli itu tidak ada masyarakat orang Cina. Orang Asli adalah orang Melayu, bercakap Bahasa Melayu dan majoritinya beragama Islam.

“Sekiranya jentera DAP ikut turun padang membantu, ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Orang Asli dan ini dikhuatiri akan menjejas sokongan serta undi kepada calon BN.

“Ia juga akan dijadikan isu oleh pembangkang untuk menambah kemarahan kepada Umno dan BN,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Veteran Umno sebelum ini menyalahkan DAP atas kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Sungai Bakap.

Mustapha ketika itu dipetik sebagai berkata Umno telah melakukan yang terbaik untuk membantu PH namun mendakwa tidak bagi DAP.

“Kami mendapat maklumat pengundi Cina gagal didekati oleh pemimpin DAP. Ada yang tidak tahu pun ada PRK di Sungai Bakap,” katanya.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan parti itu melarang empat individu termasuk Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Lokman Noor Adam daripada tampil di pentas ceramah PRK Nenggiri.

Zahid berkata, BN tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan menyifatkan ia sebagai mainan politik untuk memecah belahkan perpaduan di dalam kerajaan.

Dua lagi individu lain yang dikaitkan dalam dakwaan tersebut ialah Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain dan seorang pempengaruh dikenali sebagai Wan Hadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos akan datang. – 26 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Khazanah: A pattern of liquidation after a series of failed investments

With one failed investment after another, a disturbing pattern seems to emerge with Khazanah rather going into liquidation than fulfilling its contractual obligations.

◉ Related