◉ HEADLINES

Tarif AS: Kerajaan tingkatkan jaminan SJPP RM1 bilion bantu pengeksport PKS

Perdana Menteri berkata, kerajaan turut bersetuju menambah Dana Pembiayaan Mudah sebanyak RM500 juta melalui Institusi Pembangunan Kewangan (DFI)

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju meningkatkan jaminan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) khusus untuk membantu pengeksport Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terjejas susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan pinjaman. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain itu bagi manfaat usahawan PKS yang terjejas, kerajaan turut bersetuju menambah Dana Pembiayaan Mudah sebanyak RM500 juta melalui Institusi Pembangunan Kewangan (DFI).

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia menyediakan bantuan bersasar kepada PKS yang secara langsung terjejas.

“Tarif timbal balas Amerika Syarikat memberi kesan negatif ke atas rantaian bekalan dan perdagangan global terutamanya kepada PKS dan menggugat kestabilan ekonomi rantau ASEAN,” katanya ketika sesi penerangan berkenaan tarif AS pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ketidaktentuan ekonomi global menyaksikan negara perlu mempertingkatkan perhatian kepada penjanaan aktiviti ekonomi domestik terutamanya projek pembangunan dan projek pelaburan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related