◉ HEADLINES

Suasana tegang di mahkamah, ahli keluarga mangsa bunuh Cyberjaya cuba hampiri suspek

Tindakan pantas pihak polis yang berada di lokasi berjaya menenangkan individu terbabit sekali gus meredakan keadaan

1:10 PM MYT

 

SEPANG – Suasana di Mahkamah Majistret di sini, bertukar tegang seketika apabila seorang lelaki dipercayai ahli keluarga penuntut universiti wanita yang mati dibunuh 24 Jun lalu, cuba mendekati suspek.

Difahamkan lelaki tinggi lampai berbaju merah itu cuba mendekati suspek ketika keluar daripada mahkamah selepas selesai permohonan sambungan reman, di sini, pagi tadi.

Pada kira-kira jam 9.50 pagi, suspek utama iaitu seorang lelaki tempatan bersama dua suspek wanita dilihat keluar dari Mahkamah sebelum individu terbabit (lelaki berbaju merah) berjalan menghampiri mereka sambil melaungkan sesuatu.

“Woi!, kau bunuh saya punya adik, pakai otak sikit lah, saya punya adik you (kamu) kasi mati,” laungnya dari jauh, lapor Harian Metro.

Mujur tindakan pantas pihak polis yang berada di lokasi berjaya menenangkan individu terbabit sekali gus meredakan keadaan selain mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Dalam pada itu peguam mewakili suspek utama, M Manoharan mempersoalkan tindakan polis yang mengeluarkan kenyataan mendakwa anak guamnya ‘mempunyai niat tidak baik’.

Katanya, proses siasatan masih berjalan dan pihak polis tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana di dalam undang-undang seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan tanpa keraguan.

“Kami sudah bangkitkan bantahan kepada Puan Majistret berhubung tindakan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, yang mengeluarkan kenyataan serta cebisan-cebisan keterangan yang boleh menjejaskan kes anak guam saya.

“Ini adalah perkara yang sangat serius, tugas polis adalah untuk menyiasat, dan kita mempunyai hakim yang bijaksana, terpelajar dan berwibawa untuk menentukan siapa yang bersalah dan siapa yang tidak,” katanya kepada media. – 3 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related