◉ HEADLINES

Mindef rombak Pelan Anti Rasuah: Khaled Nordin

Menteri Petahanan menegaskan perolehan pertahanan kini melalui semakan berlapis, sistem jawatankuasa dan saluran aduan bebas

8:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Demi menutup ruang ketirisan dan mengembalikan keyakinan rakyat, Kementerian Pertahanan (Mindef) kini merombak Pelan Anti Rasuah dengan pendekatan radikal berasaskan ketelusan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah merangka tindakan strategik bagi mengekang isu penyelewengan daripada terus berleluasa.

Beliau menegaskan, pelan baharu itu bukan sekadar mencegah rasuah, tetapi memastikan perbelanjaan pertahanan memberi nilai sebenar kepada negara, aset yang diperoleh berkualiti dan selamat, serta integriti anggota dilindungi.

“Usaha ini disokong oleh kod etika kepimpinan yang menuntut teladan moral, ketelusan dan sifar toleransi terhadap rasuah, bagi membina budaya organisasi berintegriti serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Mindef,” katanya.

Menurut beliau, proses perolehan kementerian akan disemak semula dan diperkukuh selaras dengan amalan terbaik.

“Keputusan perolehan tidak lagi bergantung kepada seorang individu atau satu unit, sebaliknya melalui sistem jawatankuasa membabitkan kepakaran teknikal, kewangan, undang-undang dan perancangan strategik,” jelasnya.

Setiap peringkat daripada perancangan hingga kelulusan akan mempunyai mekanisme semak dan imbang, termasuk kelulusan di peringkat Jemaah Menteri.

“Pendekatan ini mengurangkan risiko ‘single point of failure’ dan memastikan keputusan dibuat secara profesional dan telus,” katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) mengenai langkah spesifik Mindef dan ATM untuk memastikan ketelusan penuh dalam perolehan aset pertahanan bernilai tinggi serta pemantauan integriti pegawai tertinggi.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata program digitalisasi berskala nasional dan sistem pemantauan perolehan akan diperkukuh bagi mengurangkan campur tangan manusia.

“Mindef juga akan menaik taraf sistem pemantauan perolehan bagi membolehkan status, jadual penghantaran, pematuhan spesifikasi dan prestasi kewangan dipantau secara berterusan,” katanya.

Selain itu, kementerian turut mengoptimumkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam proses perolehan dan pentadbiran, serta mewujudkan saluran aduan yang dipercayai dan sistematik.

“Saluran ini membolehkan sebarang keraguan atau pendedahan disiasat secara bebas tanpa campur tangan pihak berkepentingan,” katanya.

Mohamed Khaled menegaskan, audit pematuhan, audit berasaskan risiko dan audit tadbir urus akan diperkukuh bagi memastikan setiap proses tender dan perolehan mematuhi peraturan kewangan serta prinsip akauntabiliti.

“Mindef komited untuk membersihkan semua bentuk ketirisan, tanpa mengira pelakunya dan memulihkan integriti serta memastikan sistem tatakelola yang kukuh,” katanya. – 25 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related