◉ HEADLINES

Bekalan minyak di Malaysia masih terkawal, harga RM1.99 Budi95 kekal : PM

Kerajaan beri jaminan bekalan minyak di Malaysia masih terkawal susulan konflik di Asia Barat

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak di Malaysia masih terkawal dan harga Budi95 akan dikekalkan pada harga RM1.99 seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi dari harga sebenar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, bekalan minyak di Malaysia juga masih terkawal dan bekalan produk petroleum mencukupi sehingga Mei 2026 ketika konflik sedang berlaku di Asia Barat susulan perang Iran.

Pada sidang media khas yang diadakan hari ini, Anwar berkata, meskipun ia satu keputusan sukar namun fokus kerajaan adalah menjaga kepentingan rakyat.

“Sekarang lebih 400 kapal tangki minyak telah terkandas dan 3,000 kapal pengangkutan lain akibat penutupan Selat Hormuz.

“Pada 9 Mac, harga minyak mentah brent US119 dan keadaan sedikit turun semalam, cecah sekitar US90 dolar setong.

“Ia satu peningkatan mendadak yang beri kesan kepada ekonomi dan berkat pengurusan Petronas dan negara, kita dapat menjamin bekalan minyak dan kekal RM1.99 sen untuk Budi95,’’ katanya.

Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau turut memberitahu, Mesyuarat Jemaah Menteri khas akan diadakan pada Jumaat ini, bagi membincangkan impak konflik Asia Barat kepada Malaysia.

Menurutnya, mesyuarat itu juga akan memantau kedudukan fiskal negara serta menentukan hala tuju dan langkah seterusnya yang perlu diambil.

“Kita telah melalui kemelut sebelum ini, kita yakin dengan kerjasama semua pihak iaitu kepimpinan, kerajaan dan swasta, kita dapat menangani permasalahan ini dengan baik,’’ katanya. – 11 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related