◉ HEADLINES

GKMM gesa kerajaan kekalkan kuota 300 liter RON95 untuk pengamal media

Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) bersama 14 kelab negeri menegaskan pengurangan kuota petrol RON95 menekan wartawan, jurugambar dan juruvideo yang perlu bergerak aktif setiap hari

11:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) menggesa kerajaan menimbang semula keputusan mengehadkan kuota petrol RON95 bersubsidi kepada 200 liter sebulan, dengan menyeru pengecualian khas diberikan kepada pengamal media berdaftar agar terus menikmati kuota asal 300 liter.

GKMM menegaskan langkah pengurangan kuota itu mula menekan wartawan, jurugambar dan juruvideo, khususnya di negeri-negeri yang perlu bergerak aktif ke lokasi liputan setiap hari.

“GKMM menerima banyak keluhan daripada pengamal media di negeri yang terpaksa menempuh perjalanan jauh dan berulang-alik ke lokasi liputan. Kuota 200 liter habis lebih awal sebelum tempoh sebulan berakhir,” kata kenyataan itu.

Bermula 1 April, kerajaan menurunkan had kuota petrol RON95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, namun mengekalkan harga subsidi di bawah Budi95 pada kadar RM1.99 seliter.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan pasaran akibat konflik berlarutan di Timur Tengah.

Kenyataan bersama itu turut disokong Kelab Media Johor (KMJ), Kelab Media Putrajaya, Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika), Kelab Media Elit Kedah (Kmek), Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), serta Kelab Media Kuala Lumpur & Selangor (KamiKLS).

Turut menyatakan sokongan ialah Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat), Kelab Media Negeri Sembilan (Manis), Persatuan Wartawan Perlis (PWP), Kelab Media Perak (KMP), Sabah Journalist Association (SJA), Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (Mutiara), Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), dan Kelab Wartawan Jurugambar Selangor (Wajar). – 17 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related