◉ HEADLINES

6 penumpang, 2 kru dalam pesawat terhempas di Elmina: CAAM

Keadaan kesemua mangsa bagaimanapun masih belum disahkan setakat ini

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan enam penumpang dan dua kru penerbangan berada di dalam pesawat yang terhempas di sekitar kawasan Elmina, Shah Alam, petang ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat tersebut adalah jenis Beechcraf 390 (Premier1) dengan nombor pendaftaran N28JV.

Menurutnya, keadaan kesemua mangsa bagaimanapun belum dapat dipastikan setakat ini.

“Pesawat yang dikendalikan Jetvalet Sdn Bhd berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang pada jam 2.47 petang dan pelepasan mendarat diberikan seminit kemudian.

Bagaimanapun katanya, Menara Kawalan Trafik Udara Subang mendapati asap yang berpunca dari lokasi nahas tetapi tiada panggilan kecemasan dibuat pesawat itu.

“Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KL ARCC) telah diaktifkan untuk menyelaraskan misi mencari dan menyelamat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan keselamatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. -17 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related