◉ HEADLINES

Gaji minimum RM1,700 bukan alasan naikkan harga makanan, minuman, tegas Presma

Presma berkata biarpun berhadapan dengan kenaikan kos termasuk gaji namun ahli-ahlinya masih mampu menanggung dan menyerap kos berkenaan

7:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memberi jaminan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu RM1,700 sebulan berkuat kuasa hari ini tidak akan memberi impak kepada harga makanan dan minuman di premis mereka.

Bercakap kepada Scoop, Presiden Presma Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, biarpun berhadapan dengan kenaikan kos, namun itu tidak wajar dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan dan minuman.

“Ahli persatuan sambut baik pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu RM1,700 sebulan, berbanding RM1,500 sebelum ini.

“Tapi kita cuba kekal harga makanan dan minuman, tidak ada alasan biarpun ada barangan tertentu naik harga, kos bayar gaji bertambah, ahli masih mampu tampung dan serap kos,” katanya hari ini.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan gaji minimun RM1,700 sebulan yang berkuatkuasa mulai 1 Februari seluruh negara akan memberikan manfaat kepada 4.37 juta pekerja.

Menurut Kesuma, Perintah Gaji Minimum baharu ini adalah kepada majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan majikan tersebut.

Mengulas lanjut, Jawahar berkata pihaknya bukan sahaja mematuhi saranan kerajaan, malah turut menyediakan nilai tambah lain seperti memberikan makanan kepada pekerja.

“Seperti mana saranan kerajaan dalam isu kadar upah maksimum, Presma bukan saja memastikan ia dipatuhi, malah menyediakan nilai tambah lain seperti menyediakan makan untuk pekerja.

“Selain itu, ada juga ahli Presma menyediakan kemudahan asrama yang selesa,” katanya

Bagaimanapun Jawahar berharap kerajaan dapat pertimbangkan untuk mengembalikan kaedah pekerja gantian.

“Proses penggantian ini contohnya kalau satu pengusaha itu ada 10 pekerja, kemudian dua balik ke negara asal mereka kerana kontrak tamat, setiap pekerja yang kita hantar pulang dengan proses teratur itu diberi gantian.

“Kita pun tak nak ada lambakan pekerja asing, jadi proses gantian ini lebih telus,” katanya. – 1 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

◉ Related