◉ HEADLINES

19 ketua cabang PKR gesa gantung Rafizi, wakil rakyat desak RCI

Kumpulan Ketua Cabang PKR Johor mahu tindakan disiplin dikenakan ke atas sembilan Ahli Parlimen susulan gesaan penubuhan RCI berkait pelantikan badan kehakiman

9:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 19 ketua cabang Parti Keadilah Rakyat (PKR) Johor menyeru sembilan Ahli Parlimen yang mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pelantikan hakim dan dakwaan campur tangan dalam institusi kehakiman digantung keahliannya.

Dalam satu kenyataan bersama, ketua cabang berkenaan berkata, tindakan Ahli Parlimen terbabit melanggar disiplin dan etika parti, malah memberi tanggapan buruk terhadap kepimpinan perdana menteri serta membuka ruang kepada manipulasi politik pihak lawan.

“Sehubungan itu, kami dengan tegas menyeru Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh agar segera menggantung keahlian sementara semua sembilan Ahli Parlimen terlibat,” katanya.

Kumpulan ketua cabang tersebut turut mendesak Fuziah memulakan siasatan tatatertib ke atas sembilan wakil rakyat PKR termasuk bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang juga Ahli Parlimen Pandan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa); Rodziah Ismail (Ampang); Wong Chen (Subang); Zahir Hassan (Wangsa Maju); Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau); Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang); S Kesavan (Sungai Siput); dan Onn Abu Bakar (Batu Pahat).

Kenyataan bersama itu disokong ketua cabang Mersing, Bakri, Pengerang, Seri Gading, Sembrong, Ayer Hitam, Muar, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Tebrau, Pontian, Kluang, Parit Sulong, Tanjung Piai, Pagoh, Segamat, Kota Tinggi, Labis, dan Pulai.

Kata ketua cabang terbabit, mereka tidak menolak kepentingan menjaga integriti institusi kehakiman, namun pendekatan sembilan Ahli Parlimen berkenaan telah melangkaui batas disiplin dan bercanggah dengan kod tataetika parti.

“Tindakan tegas ini penting demi memelihara kewibawaan parti, memulihkan semula disiplin organisasi, dan mengelakkan persepsi buruk yang boleh menjejaskan perpaduan PKR secara keseluruhan.

“PKR tidak boleh menjadi parti yang longgar dalam soal tatakelola dan kesetiaan institusi dari kalangan anggotanya,” tegas mereka.

Tambah kumpulan itu, sebarang isu berkaitan dasar atau keprihatinan terhadap pentadbiran negara seharusnya disalurkan melalui platform dalaman seperti Biro Politik, atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Baru-baru ini sekumpulan Ahli Parlimen diketuai Rafizi menggesa penubuhan RCI serta satu sesi pendengaran oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, selepas wujud kelewatan dalam pelantikan jawatan kehakiman tertinggi termasuk Ketua Hakim Negara, yang telah mencetus krisis Perlembagaan. – 12 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related