◉ HEADLINES

Banjir di Sabah: DAP gesa batal sambutan Hari Malaysia

DAP Sabah berkata bencana itu perlu dikategorikan sebagai krisis di peringkat nasional

11:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe menggesa kerajaan membatalkan sambutan Hari Malaysia yang dijadual berlangsung esok susulan banjir berterusan di negeri itu yang turut meragut satu nyawa akibat tanah runtuh.

Beliau berkata, keadaan semasa juga menyebabkan bekalan elektrik dan air terputus, khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.

“Krisis ini menuntut perhatian segera dan tidak berbelah bahagi daripada semua peringkat kerajaan.

“Untuk benar-benar menghormati semangat Hari Malaysia, bencana ini perlu dikategorikan krisis peringkat nasional.

“Ini bukan masanya untuk mengadakan sambutan. Ia masa untuk mobilisasi. Penduduk Kota Kinabalu, Penampang dan Pantai Timur Sabah amat memerlukan tempat tinggal, makanan, air bersih, bantuan perubatan serta pemulihan segera kemudahan asas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam laporan media sebelum ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan 415 mangsa banjir daripada 113 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) dan sebuah pusat pemindahan kekal (PPK) di negeri itu setakat 8 pagi tadi.

Sejumlah 155 orang ditempatkan di PPK Selagon, Beaufort yang dibuka sejak 9 September lalu, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul di Kolopis menempatkan 59 orang dan Dewan Huguan Siou 142 mangsa.

Jelas jawatankuasa itu, jumlah mangsa banjir di PPS SK St Paul semakin meningkat susulan hujan berterusan sejak malam tadi, tetapi keadaan sebaliknya di Dewan Huguan Siou.

Dilaporkan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort terjejas akibat banjir setakat ini. – 15 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related