◉ HEADLINES

MCMC nafi Malaysia wajib mansuh, tiada syarat 80% kandungan tempatan dalam lesen penyiaran

MCMC berkata, dakwaan dibuat seorang bekas ketua pengarang itu adalah tidak benar dan mengelirukan

3:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan bahawa Malaysia diwajib memansuhkan syarat lesen penyiaran yang menetapkan 80% kandungan tempatan susulan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan MCMC hari ini, dakwaan berkenaan yang dibuat oleh seorang bekas ketua pengarang adalah tidak benar dan mengelirukan, serta tidak mencerminkan kerangka pelesenan penyiaran yang sedang berkuat kuasa di negara ini.

Di bawah lesen Content Applications Service Provider Individual (CASP) atau lesen penyiaran individu yang dikeluarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), tiada syarat kuota kandungan tempatan sebanyak 80% dikenakan terhadap penyiar swasta di Malaysia.

“Lesen semasa memberi kebebasan kepada penyiar untuk menentukan kandungan masing-masing berdasarkan garis panduan serta piawaian kandungan yang ditetapkan oleh MCMC,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, lesen penyiaran di bawah AKM 1998 tidak mengandungi sebarang larangan terhadap penyiaran kandungan antarabangsa pada waktu perdana, dan penjadualan kandungan tertakluk kepada keputusan penyiar berdasarkan permintaan pasaran serta selaras dengan peraturan kandungan sedia ada.

Sementara itu, kerajaan kini sedang membangunkan Dasar Penyiaran Negara (DPN) yang bertujuan memastikan ekosistem penyiaran negara kekal mampan, memperkukuh pembangunan kandungan tempatan berkualiti, serta mewujudkan tadbir urus yang telus dan saksama bagi penyiar awam, swasta dan platform antarabangsa. – 1 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

Non-malays frustration and anger – William Leong Jee Keen

Non-Malay dissatisfaction with PMX and PH is understandable, yet William Leong stresses that abstaining from voting risks surrendering the nation’s future. He argues that reforms, though imperfect, are still vital to protect Malaysia’s democratic path

MRT Corp awards RM3.03b Penang Mutiara Line systems contract to MRCB-Theta Edge JV

The appointment of the System Turnkey Contractor marks the next major phase of the Penang Mutiara Line, allowing railway systems design to progress in tandem with ongoing civil works

◉ Related