◉ HEADLINES

Bersatu kekal setia, rakan berprinsip dalam PN: Muhyiddin

Muhyiddin menegaskan Bersatu akan terus menjadi rakan berprinsip dalam PN walaupun beliau melepaskan jawatan Pengerusi gabungan itu, sambil menyeru ahli parti memperkukuh perpaduan dan menutup ruang perpecahan

11:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan parti itu kekal sebagai rakan yang berprinsip, konsisten dan setia dalam Perikatan Nasional (PN), meskipun beliau tidak lagi memimpin gabungan tersebut.

Muhyiddin yang melepaskan jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa semalam berkata, kerjasama antara parti dalam PN akan terus dipelihara demi memastikan kestabilan dan kekuatan gabungan.

“Dalam menghadapi cabaran semasa, keutamaan kita adalah memastikan kelangsungan, kekuatan dan masa depan parti.

“Ada ketikanya kita perlu mengambil satu langkah ke belakang, bukan sebagai tanda kelemahan tetapi sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan asas, menyusun barisan kepimpinan dan membina kekuatan parti yang lebih tersusun serta mampan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

Peletakan jawatan beliau pada 1 Januari 2026 menamatkan lima tahun kepimpinan PN, susulan krisis politik di Perlis. Tindakan itu turut mencetuskan gelombang peletakan jawatan empat pemimpin kanan PN termasuk Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Pengerusi PN Selangor.

Turut berundur ialah Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker; Pengerusi PN Johor, Dr Sahruddin Jamal; dan Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam nada penuh penegasan, Muhyiddin menyeru seluruh ahli BERSATU memperkukuh kerjasama, memperteguhkan perpaduan dan menutup rapat segala ruang perpecahan.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya masih menerajui kepimpinan BERSATU sebagai Presiden. Saya menuntut supaya seluruh ahli BERSATU kekal beristiqamah, berdisiplin dan menjunjung budaya saling menghormati serta menyelesaikan sebarang perbezaan secara berhemah, matang dan tertutup demi kepentingan parti,” katanya. – 2 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related