◉ HEADLINES

Azeez Rahim berkeras pakai baju ungu lokap, bergari ketika hadir di mahkamah : SPRM

SPRM berkata pegawainya telah menasihati Azeez untuk menukar pakaian biasa dan tidak perlu memakai gari, namun beliau tetap berkeras

4:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemakaian baju lokap berwarna ungu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bergari oleh bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim ketika hadir di Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan, adalah atas kehendak sendiri.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata, sebelum dibawa ke mahkamah, Azeez yang juga bekas Ahli Parlimen Baling telah dinasihati oleh pegawai SPRM untuk menukar kepada pakaian biasa dan tidak perlu memakai gari.

“Bagaimanapun beliau berkeras untuk kekal memakai pakaian lokap dan juga gari berkenaan sehingga proses pertuduhan selesai dibacakan.

“Justeru SPRM ingin menegaskan bahawa pemakaian baju lokap dan gari terhadap beliau bukan atas arahan atau kehendak mana-mana pihak, khususnya SPRM,’’ katanya.

Terdahulu, sebelum dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini, Azeez telah dikenakan perintah reman selama dua hari, yang dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mohamad Afiq Zuber selepas permohonan dibuat pihak polis di Mahkamah Sesyen.

Ia bagi membantu siasatan kes tipu berkaitan pemberian hibah TH.

Azeez kemudiannya didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan jawatan pengerusi di sebuah syarikat dan meyakinkan Ahli Lembaga TH untuk bersetuju meluluskan cadangan pelaburan RM193.5 juta dalam syarikat itu, 12 tahun lepas.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pada 4 September, SPRM menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman susulan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya perkara berkenaan dikaji semula.

Sementara bagi penggunaan gari pula, ia bergantung kepada keadaan tertentu dan dikecualikan kepada OKS yang uzur, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata di bawah prosedur baharu itu, individu yang sedang disiasat dibenarkan memakai pakaian sendiri ketika hadir ke mahkamah bagi permohonan reman.

Pakaian lokap berwarna oren hanya akan dipakai ketika mereka berada dalam tahanan di lokap.

Bagaimanapun bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata isu baju oren tidak seharusnya menjadi gangguan dalam usaha memerangi rasuah.

Sebaliknya, kata Azam, pengkritik seharusnya memberi tumpuan kepada usaha memerangi rasuah serta kesan buruknya terhadap negara. – 9 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related