◉ HEADLINES

LRA Batang Kali dihenti tugas akibat air keruh

Tiada sebarang kesan kepada pengguna berkaitan pembekalan air terawat susulan henti tugas sementara dimaklumkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)

11:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Batang Kali dihenti tugas sementara berikutan aliran kekeruhan yang tinggi dikesan di Sungai Batang Kali, hari ini.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) berkata, henti tugas bermula jam 5.40 petang sehingga 7.50 malam tadi sebagai langkah kawalan terhadap operasi loji berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kesan kepada pengguna berkaitan pembekalan air terawat susulan henti tugas sementara dimaklumkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Lewat petang tadi kebanyakan kawasan di Selangor menerima kadar hujan yang tinggi, termasuk kawasan Sungai Batang Kali yang menerima kadar hujan tinggi sekitar 64 ke 70 milimeter.

“Situasi ini turut mengakibatkan aliran kekeruhan yang tinggi di sungai terbabit dan ia meningkat ke tahap melebihi 3000 NTU (tingkat kekeruhan air),” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Menurutnya, pasukan Skuad Pantas Luas segera membuat pemerhatian di lapangan dan permasalahan kekeruhan itu disebabkan penerimaan taburan hujan yang tinggi di hulu Sungai Batang Kali.

“Ini meningkatkan aliran air di keseluruhan kawasan permukaan dalam kawasan tadahan dan ia adalah faktor peningkatan kekeruhan berbanding hari biasa.

“Bagaimanapun, Luas akan menjalankan tindakan pemantauan susulan bagi aktiviti berpotensi seperti aktiviti kerja tanah di hulu muka sauk,” katanya.

Sementara itu, Luas memaklumkan, rondaan dan pemantauan di Sungai Sembah juga mengesan kadar kekeruhan melebihi bacaan biasa 500 NTU.

“Luas juga segera mengaktifkan pemantauan kekeruhan di sungai itu, serta siasatan di kawasan berhampiran.

“Luas sedang giat memantau rapi situasi semasa dan bersiap siaga dengan mitigasi yang berkaitan,” katanya. – 7 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related